Sunday, December 13, 2009

MARI BERPUASA PADA 9 & 10 MUHARAM 1431

Semua antara kita sudah maklum tentang 'ibadah puasa pada hari kesepuluh dalam bulan Muharam iaitu Hari 'Asyura', namun kita juga sebenarnya disunatkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari kesembilan pada bulan Muharam (yaum at-tasu'a).

Ada beberapa hadith yang menjelaskan kepada kita tentang disunatkan berpuasa pada keuda-dua hari tersebut. Hari 'Asyura' ( يوم عاشوراء ) disunatkan dalam hadith dari ibnu Abbas yang berbunyi:-

عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ

Maksudnya: Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu ‘anhuma-, “Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya”. (Muttafaqun ‘Alaihi).

Dalam Hadith yang lain dari Abi Qatadah ada menyebut:

عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ

Maksudnya: Dari Abu Qatadah -radhiyallahu ‘anhu-, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (HR. Muslim)

Hadith yang menjadi dalil akan mandubnya puasa pada hari kesembilan dalam bulan Muharam pula hadith dari ibnu Abbas juga, iaitu:

وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ

Maksudnya: Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu ‘anhuma- beliau berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (HR. Muslim)

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura, beliau menjawab, ‘Menghapuskan dosa setahun yang lalu’, ini pahalanya lebih sedikit daripada puasa Arafah (yakni menghapuskan dosa setahun sebelum serta sesudahnya).
Bersamaan dengan hal tersebut, selayaknya seorang berpuasa ‘Asyura' (10 Muharram) disertai dengan (sebelumnya, Yaumut Tasu’a - 9 Muharram). Hal ini kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada yang kesembilan", maksudnya berpuasa pula pada hari Tasu’a.

Penjelasan

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk berpuasa pada hari sebelum maupun setelah ‘Asyura' dalam membezakan daripada orang-orang Yahudi kerana hari ‘Asyura' –yaitu 10 Muharram - adalah hari di mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya, dan menenggelamkan Fir’aun dan para pengikutnya. Dahulu orang-orang Yahudi berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda syukur mereka kepada Allah atas nikmat yang agung tersebut. Allah telah memenangkan tentera-tenteranya dan mengalahkan tentera-tentera syaitan, menyelamatkan Musa dan kaumnya serta membinasakan Fir’aun dan para pengikutnya. Ini merupakan nikmat yang besar.

Oleh kerana itu, setelah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tinggal di Madinah, beliau melihat bahawa orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura'. Beliau pun bertanya kepada mereka tentang hal tersebut. Maka orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Hari ini adalah hari di mana Allah telah menyelamatkan Musa dan kaumnya, serta celakanya Fir’aun serta pengikutnya. Maka dari itu kami berpuasa sebagai rasa syukur kepada Allah”. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kalian”.

Kenapa Rasulullah mengucapkan hal tersebut? Kerana Nabi dan orang–orang yang bersama beliau adalah orang-orang yang lebih berhak terhadap para nabi yang terdahulu. Allah berfirman,

إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ

“Sesungguhnya orang yang paling berhak dengan Ibrahim adalah orang-orang yang mengikutinya dan nabi ini (Muhammad), serta orang-orang yang beriman, dan Allah-lah pelindung semua orang-orang yang beriman”. (Ali Imran: 68)

Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang paling berhak terhadap Nabi Musa daripada orang-orang Yahudi tersebut, disebabkan mereka kafir terhadap Nabi Musa, Nabi Isa dan Muhammad. Maka baginda shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa ‘Asyura' dan memerintahkan manusia untuk berpuasa pula pada hari tersebut. Beliau juga memerintahkan untuk membezakan amalan Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ‘Asyura', dengan berpuasa pada hari kesembilan atau hari kesebelas beriringan dengan puasa pada hari kesepuluh (’Asyura), atau ketiga-tiganya.

Oleh karena itu sebagian ulama seperti Ibnul Qayyim dan yang selain beliau menyebutkan bahwa puasa ‘Asyura' terbagi menjadi tiga keadaan:

1. Berpuasa pada hari ‘Asyura' dan Tasu’ah (9 Muharram), ini yang paling afdhal.

2. Berpuasa pada hari ‘Asyura' dan tanggal 11 Muharram, ini kurang pahalanya daripada yang pertama.

3. Berpuasa pada hari ‘Asyura' saja, sebahagian ulama' memakruhkannya kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk membezakan daripada Yahudi, namun sebahagian ulama' yang lain memberi keringanan (tidak menganggapnya makhruh).

Wallahu a’lam bissowab.

(Sumber: Syarh Riyadhis Shalihin karya Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin terbitan Darus Salam – Mesir, diterjemahkan Abu Umar Urwah Al-Bankawy

No comments:

Produk Muslim Terbaru

Fenomena Azan tanda Kebesaran Allah

My Blog List

PELAWAT