Wednesday, December 30, 2009

TAHNIAH

Tahniah kepada semua pegawai dan kakitangan JKSNK yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun ini...kepada yang bersara...jasamu dikenang selagi hayat dikandung badan...
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) akan dilangsungkan pada Khamis 31 Disember 2009.. bertempat di Aras Tiga, Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kedah di Bandar Muadzam Shah Anak Bukit yang akan disempurnakan oleh Y.A.A Dato Wira Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah...Tahniah kepada semua...

Thursday, December 17, 2009

SALAM MA'AL HIJRAH...

Sekali lagi BKDR di sini ingin merakamkan ucapan SALAM MA'AL HIJRAH kepada semua ahli BKDR serta semua staf-staf JKSNK, serta sesiapa sahaja yang melawat blog ini. Harapan kami agar kita semua dapat mengenang perjuangan hebat Baginda S.A.W dalam peristiwa hijrah ini dan supaya ianya menjadi pemangkin bagi kita semua dalam melakukan hijrah dengan cara kita sendiri. Mungkin dari apa-apa yang kurang baik dapat kita hijrah kepada yang baik, manakala yang baik pula dapat kita tingkatkan kepada yang lebih baik insya-Allah.




Sebagai peringatan, jangan lupa untuk membaca do'a akhir tahun dan do'a awal tahun pada hari ini selepas solat 'Asar sebanyak tiga kali, dan selepas solat Maghrib, juga sebanyak tiga kali. Moga-moga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua dan memberkati hidup kita dengan kedatangan awal Muharam 1431 ini..

Sunday, December 13, 2009

MARI BERPUASA PADA 9 & 10 MUHARAM 1431

Semua antara kita sudah maklum tentang 'ibadah puasa pada hari kesepuluh dalam bulan Muharam iaitu Hari 'Asyura', namun kita juga sebenarnya disunatkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari kesembilan pada bulan Muharam (yaum at-tasu'a).

Ada beberapa hadith yang menjelaskan kepada kita tentang disunatkan berpuasa pada keuda-dua hari tersebut. Hari 'Asyura' ( يوم عاشوراء ) disunatkan dalam hadith dari ibnu Abbas yang berbunyi:-

عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ

Maksudnya: Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu ‘anhuma-, “Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya”. (Muttafaqun ‘Alaihi).

Dalam Hadith yang lain dari Abi Qatadah ada menyebut:

عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ

Maksudnya: Dari Abu Qatadah -radhiyallahu ‘anhu-, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (HR. Muslim)

Hadith yang menjadi dalil akan mandubnya puasa pada hari kesembilan dalam bulan Muharam pula hadith dari ibnu Abbas juga, iaitu:

وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ

Maksudnya: Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu ‘anhuma- beliau berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (HR. Muslim)

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura, beliau menjawab, ‘Menghapuskan dosa setahun yang lalu’, ini pahalanya lebih sedikit daripada puasa Arafah (yakni menghapuskan dosa setahun sebelum serta sesudahnya).
Bersamaan dengan hal tersebut, selayaknya seorang berpuasa ‘Asyura' (10 Muharram) disertai dengan (sebelumnya, Yaumut Tasu’a - 9 Muharram). Hal ini kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada yang kesembilan", maksudnya berpuasa pula pada hari Tasu’a.

Penjelasan

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk berpuasa pada hari sebelum maupun setelah ‘Asyura' dalam membezakan daripada orang-orang Yahudi kerana hari ‘Asyura' –yaitu 10 Muharram - adalah hari di mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya, dan menenggelamkan Fir’aun dan para pengikutnya. Dahulu orang-orang Yahudi berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda syukur mereka kepada Allah atas nikmat yang agung tersebut. Allah telah memenangkan tentera-tenteranya dan mengalahkan tentera-tentera syaitan, menyelamatkan Musa dan kaumnya serta membinasakan Fir’aun dan para pengikutnya. Ini merupakan nikmat yang besar.

Oleh kerana itu, setelah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tinggal di Madinah, beliau melihat bahawa orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura'. Beliau pun bertanya kepada mereka tentang hal tersebut. Maka orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Hari ini adalah hari di mana Allah telah menyelamatkan Musa dan kaumnya, serta celakanya Fir’aun serta pengikutnya. Maka dari itu kami berpuasa sebagai rasa syukur kepada Allah”. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kalian”.

Kenapa Rasulullah mengucapkan hal tersebut? Kerana Nabi dan orang–orang yang bersama beliau adalah orang-orang yang lebih berhak terhadap para nabi yang terdahulu. Allah berfirman,

إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ

“Sesungguhnya orang yang paling berhak dengan Ibrahim adalah orang-orang yang mengikutinya dan nabi ini (Muhammad), serta orang-orang yang beriman, dan Allah-lah pelindung semua orang-orang yang beriman”. (Ali Imran: 68)

Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang paling berhak terhadap Nabi Musa daripada orang-orang Yahudi tersebut, disebabkan mereka kafir terhadap Nabi Musa, Nabi Isa dan Muhammad. Maka baginda shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa ‘Asyura' dan memerintahkan manusia untuk berpuasa pula pada hari tersebut. Beliau juga memerintahkan untuk membezakan amalan Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ‘Asyura', dengan berpuasa pada hari kesembilan atau hari kesebelas beriringan dengan puasa pada hari kesepuluh (’Asyura), atau ketiga-tiganya.

Oleh karena itu sebagian ulama seperti Ibnul Qayyim dan yang selain beliau menyebutkan bahwa puasa ‘Asyura' terbagi menjadi tiga keadaan:

1. Berpuasa pada hari ‘Asyura' dan Tasu’ah (9 Muharram), ini yang paling afdhal.

2. Berpuasa pada hari ‘Asyura' dan tanggal 11 Muharram, ini kurang pahalanya daripada yang pertama.

3. Berpuasa pada hari ‘Asyura' saja, sebahagian ulama' memakruhkannya kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk membezakan daripada Yahudi, namun sebahagian ulama' yang lain memberi keringanan (tidak menganggapnya makhruh).

Wallahu a’lam bissowab.

(Sumber: Syarh Riyadhis Shalihin karya Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin terbitan Darus Salam – Mesir, diterjemahkan Abu Umar Urwah Al-Bankawy

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM & MA'AL HIJRAH 1431

BKDR di sini ingin mengucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat ahli-ahli BKDR dan semua staf-staf JKSNK dengan ucapan SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1431 yang akan tiba lagi 4 hari mulai hari ini, 26 DZULHIJJAH 1430 bersamaan dengan 13 DISEMBER 2009. Awal Muharam akan disambut pada hari Khamis ini, dan BKDR mengharapkan supaya semua warga JKSNK juga ahli-ahli BKDR supaya berazam untuk meningkatkan lagi kualiti 'ibadah diri kita semua, juga agar kita meningkatkan lagi ketekunan dan usaha dalam melakukan tugas-tugas di Jabatan Kehakiman Syar'iyyah Kedah dan di mahkamah-mahkamah rendah Syar'iyyah di semua daerah.

Sebagai peringatan kepada semua, marilah sama-sama kita membaca DO'A AKHIR TAHUN dan DO'A AWAL TAHUN supaya Allah S.W.T. akan memberikan kemudahan dan 'inayah-Nya kepada kita untuk melaksanakan azam-azam baru kita pada tahun hadapan, insya-Allah. Do'a-do'a yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

DO'A AKHIR TAHUN, dibaca 3 kali selepas solat 'Asar pada 30 DZULHIJJAH..



dan DO'A AWAL TAHUN, dibaca 3 kali selepas Solat Maghrib pada hari yang sama..



Diharapkan semoga sama-sama kita semua membaca kedua-dua do'a tersebut pada hari terakhir dalam tahun 1430 h dan agar kita akan lebih diberkati Allah pada tahun ini dan tahun depan. Insya-Allah, moga-moga tahun depan akan lebih baik dari tahun ini dalam semua hal.

Monday, December 07, 2009

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

SEJARAH AWAL MUHARAM

SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.


KISAH HIJRAH
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

JAKET-JAKET EKSKLUSIF BERKUALITI UNTUK DITEMPAH!!!



Untuk makluman kepada semua, BKDR di sini ingin mengiklankan kepada semua ahli-ahli BKDR yang berminat untuk membuat tempahan Jaket-jaket eksklusif berkualiti yang berjenama BOSS dan GIORGIO ARMANIA, yang terdapat dalam beberapa warna. Jaket tersebut adalah seperti dalam gambar di atas, dan ianya akan secara rasmi dibuka untuk tempahan pada awal Januari 2010, insya-Allah.

Kepada sesiapa sahaja yang berminat, diharapkan supaya menghubungi atau memaklumkan ia kepada Tuan Syeikh Hafiz Helmi di no: 019-4667176 atau kepada mana-mana wakil Jawatankuasa BKDR.

PALING PENTING, JAKET EKSKLUSIF INI AKAN DIJUAL DENGAN HARGA YANG SANGAT BERPATUTAN!!!

TAHNIAH!

Kami di BKDR ingin mengucapkan ucapan TAHNIAH kepada semua Pegawai-pegawai Syariah, khususnya Yang Arif Hakim-Hakim Syarie Gred LS44 dan LS48 kerana berjaya mendapat keputusan LULUS dalam ujian PTK yang diambil baru-baru ini. Dengan itu, kami di BKDR yakin bahawa ianya akan menjadi pemangkin kepada Pegawai-Pegawai Syariah di negeri Kedah supaya akan terus cemerlang dalam melaksanakan tugas dan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara insya-Allah..

Produk Muslim Terbaru

Fenomena Azan tanda Kebesaran Allah

My Blog List

PELAWAT