Wednesday, December 30, 2009

TAHNIAH

Tahniah kepada semua pegawai dan kakitangan JKSNK yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun ini...kepada yang bersara...jasamu dikenang selagi hayat dikandung badan...
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) akan dilangsungkan pada Khamis 31 Disember 2009.. bertempat di Aras Tiga, Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kedah di Bandar Muadzam Shah Anak Bukit yang akan disempurnakan oleh Y.A.A Dato Wira Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah...Tahniah kepada semua...

Thursday, December 17, 2009

SALAM MA'AL HIJRAH...

Sekali lagi BKDR di sini ingin merakamkan ucapan SALAM MA'AL HIJRAH kepada semua ahli BKDR serta semua staf-staf JKSNK, serta sesiapa sahaja yang melawat blog ini. Harapan kami agar kita semua dapat mengenang perjuangan hebat Baginda S.A.W dalam peristiwa hijrah ini dan supaya ianya menjadi pemangkin bagi kita semua dalam melakukan hijrah dengan cara kita sendiri. Mungkin dari apa-apa yang kurang baik dapat kita hijrah kepada yang baik, manakala yang baik pula dapat kita tingkatkan kepada yang lebih baik insya-Allah.




Sebagai peringatan, jangan lupa untuk membaca do'a akhir tahun dan do'a awal tahun pada hari ini selepas solat 'Asar sebanyak tiga kali, dan selepas solat Maghrib, juga sebanyak tiga kali. Moga-moga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua dan memberkati hidup kita dengan kedatangan awal Muharam 1431 ini..

Sunday, December 13, 2009

MARI BERPUASA PADA 9 & 10 MUHARAM 1431

Semua antara kita sudah maklum tentang 'ibadah puasa pada hari kesepuluh dalam bulan Muharam iaitu Hari 'Asyura', namun kita juga sebenarnya disunatkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari kesembilan pada bulan Muharam (yaum at-tasu'a).

Ada beberapa hadith yang menjelaskan kepada kita tentang disunatkan berpuasa pada keuda-dua hari tersebut. Hari 'Asyura' ( يوم عاشوراء ) disunatkan dalam hadith dari ibnu Abbas yang berbunyi:-

عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ

Maksudnya: Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu ‘anhuma-, “Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya”. (Muttafaqun ‘Alaihi).

Dalam Hadith yang lain dari Abi Qatadah ada menyebut:

عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ

Maksudnya: Dari Abu Qatadah -radhiyallahu ‘anhu-, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (HR. Muslim)

Hadith yang menjadi dalil akan mandubnya puasa pada hari kesembilan dalam bulan Muharam pula hadith dari ibnu Abbas juga, iaitu:

وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ

Maksudnya: Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu ‘anhuma- beliau berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (HR. Muslim)

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura, beliau menjawab, ‘Menghapuskan dosa setahun yang lalu’, ini pahalanya lebih sedikit daripada puasa Arafah (yakni menghapuskan dosa setahun sebelum serta sesudahnya).
Bersamaan dengan hal tersebut, selayaknya seorang berpuasa ‘Asyura' (10 Muharram) disertai dengan (sebelumnya, Yaumut Tasu’a - 9 Muharram). Hal ini kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada yang kesembilan", maksudnya berpuasa pula pada hari Tasu’a.

Penjelasan

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk berpuasa pada hari sebelum maupun setelah ‘Asyura' dalam membezakan daripada orang-orang Yahudi kerana hari ‘Asyura' –yaitu 10 Muharram - adalah hari di mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya, dan menenggelamkan Fir’aun dan para pengikutnya. Dahulu orang-orang Yahudi berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda syukur mereka kepada Allah atas nikmat yang agung tersebut. Allah telah memenangkan tentera-tenteranya dan mengalahkan tentera-tentera syaitan, menyelamatkan Musa dan kaumnya serta membinasakan Fir’aun dan para pengikutnya. Ini merupakan nikmat yang besar.

Oleh kerana itu, setelah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tinggal di Madinah, beliau melihat bahawa orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura'. Beliau pun bertanya kepada mereka tentang hal tersebut. Maka orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Hari ini adalah hari di mana Allah telah menyelamatkan Musa dan kaumnya, serta celakanya Fir’aun serta pengikutnya. Maka dari itu kami berpuasa sebagai rasa syukur kepada Allah”. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kalian”.

Kenapa Rasulullah mengucapkan hal tersebut? Kerana Nabi dan orang–orang yang bersama beliau adalah orang-orang yang lebih berhak terhadap para nabi yang terdahulu. Allah berfirman,

إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ

“Sesungguhnya orang yang paling berhak dengan Ibrahim adalah orang-orang yang mengikutinya dan nabi ini (Muhammad), serta orang-orang yang beriman, dan Allah-lah pelindung semua orang-orang yang beriman”. (Ali Imran: 68)

Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang paling berhak terhadap Nabi Musa daripada orang-orang Yahudi tersebut, disebabkan mereka kafir terhadap Nabi Musa, Nabi Isa dan Muhammad. Maka baginda shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa ‘Asyura' dan memerintahkan manusia untuk berpuasa pula pada hari tersebut. Beliau juga memerintahkan untuk membezakan amalan Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ‘Asyura', dengan berpuasa pada hari kesembilan atau hari kesebelas beriringan dengan puasa pada hari kesepuluh (’Asyura), atau ketiga-tiganya.

Oleh karena itu sebagian ulama seperti Ibnul Qayyim dan yang selain beliau menyebutkan bahwa puasa ‘Asyura' terbagi menjadi tiga keadaan:

1. Berpuasa pada hari ‘Asyura' dan Tasu’ah (9 Muharram), ini yang paling afdhal.

2. Berpuasa pada hari ‘Asyura' dan tanggal 11 Muharram, ini kurang pahalanya daripada yang pertama.

3. Berpuasa pada hari ‘Asyura' saja, sebahagian ulama' memakruhkannya kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk membezakan daripada Yahudi, namun sebahagian ulama' yang lain memberi keringanan (tidak menganggapnya makhruh).

Wallahu a’lam bissowab.

(Sumber: Syarh Riyadhis Shalihin karya Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin terbitan Darus Salam – Mesir, diterjemahkan Abu Umar Urwah Al-Bankawy

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM & MA'AL HIJRAH 1431

BKDR di sini ingin mengucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat ahli-ahli BKDR dan semua staf-staf JKSNK dengan ucapan SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1431 yang akan tiba lagi 4 hari mulai hari ini, 26 DZULHIJJAH 1430 bersamaan dengan 13 DISEMBER 2009. Awal Muharam akan disambut pada hari Khamis ini, dan BKDR mengharapkan supaya semua warga JKSNK juga ahli-ahli BKDR supaya berazam untuk meningkatkan lagi kualiti 'ibadah diri kita semua, juga agar kita meningkatkan lagi ketekunan dan usaha dalam melakukan tugas-tugas di Jabatan Kehakiman Syar'iyyah Kedah dan di mahkamah-mahkamah rendah Syar'iyyah di semua daerah.

Sebagai peringatan kepada semua, marilah sama-sama kita membaca DO'A AKHIR TAHUN dan DO'A AWAL TAHUN supaya Allah S.W.T. akan memberikan kemudahan dan 'inayah-Nya kepada kita untuk melaksanakan azam-azam baru kita pada tahun hadapan, insya-Allah. Do'a-do'a yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

DO'A AKHIR TAHUN, dibaca 3 kali selepas solat 'Asar pada 30 DZULHIJJAH..



dan DO'A AWAL TAHUN, dibaca 3 kali selepas Solat Maghrib pada hari yang sama..



Diharapkan semoga sama-sama kita semua membaca kedua-dua do'a tersebut pada hari terakhir dalam tahun 1430 h dan agar kita akan lebih diberkati Allah pada tahun ini dan tahun depan. Insya-Allah, moga-moga tahun depan akan lebih baik dari tahun ini dalam semua hal.

Monday, December 07, 2009

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

SEJARAH AWAL MUHARAM

SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.


KISAH HIJRAH
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

JAKET-JAKET EKSKLUSIF BERKUALITI UNTUK DITEMPAH!!!



Untuk makluman kepada semua, BKDR di sini ingin mengiklankan kepada semua ahli-ahli BKDR yang berminat untuk membuat tempahan Jaket-jaket eksklusif berkualiti yang berjenama BOSS dan GIORGIO ARMANIA, yang terdapat dalam beberapa warna. Jaket tersebut adalah seperti dalam gambar di atas, dan ianya akan secara rasmi dibuka untuk tempahan pada awal Januari 2010, insya-Allah.

Kepada sesiapa sahaja yang berminat, diharapkan supaya menghubungi atau memaklumkan ia kepada Tuan Syeikh Hafiz Helmi di no: 019-4667176 atau kepada mana-mana wakil Jawatankuasa BKDR.

PALING PENTING, JAKET EKSKLUSIF INI AKAN DIJUAL DENGAN HARGA YANG SANGAT BERPATUTAN!!!

TAHNIAH!

Kami di BKDR ingin mengucapkan ucapan TAHNIAH kepada semua Pegawai-pegawai Syariah, khususnya Yang Arif Hakim-Hakim Syarie Gred LS44 dan LS48 kerana berjaya mendapat keputusan LULUS dalam ujian PTK yang diambil baru-baru ini. Dengan itu, kami di BKDR yakin bahawa ianya akan menjadi pemangkin kepada Pegawai-Pegawai Syariah di negeri Kedah supaya akan terus cemerlang dalam melaksanakan tugas dan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara insya-Allah..

Monday, November 30, 2009

operasi permindahan kotak kotak MRS Baling





MRS Baling telah berjaya berkerjasama didalam memindahkan kotak kotak fail untuk disimpan di Tingkat 2, bangunan Tabung Haji dimana JKSNK telah bersetuju untuk menyewa satu lot lagi ruang untuk MRSB.Diketuai oleh Tuan Syeikh Ahmad Sukri sendiri, semua warga kerja bertungkus lumus memastikan perpindahan ini mencapai matlamatnya...tahniah kepada semua....kerana berjaya membuatkan MRSB menjadi lebih lapang dan ceria....

mesyuarat Jawatankuasa Sukan BKDR JKSNK kali pertama 2009






mesyuarat Jawatankuasa Sukan BKDR diadakan pada 4 November 2009 sekaligus bermulanya komitmen ahlinya untuk menganjurkan acara sukan tahunan antara mahkamah syariah negeri Kedah bagi tahun 2010.Dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa yang telah dilantik dan dipengerusikan oleh Tuan Syeikh Zain Ali selaku Pengerusi Biro Sukan BKDR.Mesyuarat telah melantik Encik Jamil bin Abdullah sebagai Pengarah program dan dibantu oleh Encik Sazali sebagai timbalannya.Beberapa nama besar dalam penganjuran program juga dilantik bagi melancarkan lagi kejohanan ini seperti En Salmi Salleh, En Izzudin Satar dan En Zamri Abdullah. Jawatankuasa turut disertai oleh ahli jawatankuasa Biro Sukan BKDR.Beberapa keputusan hangat telah dicapai dan akan diaplikasikan semasa kejohanan ini kelak...nak tahu....tunggu laporan seterusnya....

comelnya


Puteri kepada Tuan Syeikh Amiruddin Putera yang selamat dilahirkan tanggal 25 November 2009...tahniah kpd Tuan Syeikh sekeluarga...

Thursday, November 26, 2009

tahniah

Tahniah kepada Tuan Syeikh Amirudin Putera bin Zainol Abidin dan isteri serta Tuan Syeikh Muhamad Soleh bin Hj Salim dan isteri atas kelahiran cahaya mata penyeri keluarga di bulan Zulhijjah 1430H. Tahniah dari kami dan semua warga JKSNK....Alhamdulillah....

Thursday, November 19, 2009

Mari Semua Kita Tonton Rancangan al-Kulliyyah Menarik Malam ini (19 NOV 2009)


Salam semua..pada malam ini dalam jam 9:00pm, akan disiarkan SECARA LANGSUNG siaran al-Kulliyyah di TV3, yang bakal membincangkan satu topik menarik yang bertajuk 1AQIDAH..

Ahli-ahli Panel yang dijangka akan menghangatkan lagi topik perbincangan dalam al-Kulliyyah pada malam ini adalah seperti berikut:

(1) Dr. Mohd Asri bin Zainal Abidin (Mantan Mufti Perlis, Pensyarah di USM.
(2) Dr. Fauzi Deraman (Pensyarah di Jabatan Al-Quran dan Hadis Universiti Malaya.
Beliau juga merupakan Naib Presiden Persatuan Ulama' Malaysia)
(3) Dr. Ustman el-Muhammady (Fellow Utama ISTAC UIAM)

Jadi mari kita sama-sama menonton rancangan ini dan ianya dijangka akan memberikan info-info yang bermanfaat bagi kita untuk mengetahui dengan lebih lanjut isu-isu khilafiah, mazhab juga fahaman-fahaman yang pelbagai, insya-Allah.

Wednesday, November 18, 2009

Kerja Secara Jemaah Memperkasa Kemajuan Ummah

Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar


ISLAM membawa satu konsep penting kepada umatnya iaitu melakukan sesuatu perkara atau kerja secara berjemaah bagi memudahkan mencari penyelesaian terutama dalam perkara berkaitan urusan agama serta kehidupan.

Firman Allah yang bermaksud:
"Berpegang teguhlah kepada tali Allah, janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah kamu akan nikmat yang dikurniakan Allah kepada kamu".(Surah Ali-Imran, ayat 103)

Firman Allah itu menjelaskan kepada kita bahawa Islam amat menitikberatkan semangat bersatu. Malah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Wajiblah kamu bersama-sama dengan jemaah dan berwaspadalah kamu terhadap perpecahan".(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:
"Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai".(Hadis riwayat Ahmad)

Dapatlah dikatakan manusia yang selalu bersengketa dan sukar untuk hidup secara berjemaah hanya mementingkan dirinya saja. Umar Al-Khattab pernah berkata:
"Sesungguhnya tiada Islam melainkan dengan jemaah, tiada jemaah melainkan dengan kepemimpinan dan tiada kepemimpinan melainkan dengan ketaatan".(Hadis riwayat Ahmad)

Jika disusuri perjalanan sejarah awal Islam, kemantapan iman sahabat Nabi SAW diterapkan menerusi ukhuwah yang sentiasa hidup dalam satu jemaah kukuh. Sikap tidak mementingkan diri sendiri terpapar dalam diri mereka yang diselitkan sifat mahmudah.

Percampuran hidup umat Islam terhadap ideologi barat meletakkan betapa pentingnya kehidupan ummah dalam jemaah yang sentiasa berada di atas landasan Islam yang mengamalkan gaya hidup diredai Allah.

Selain itu, pada masa ini kebanyakan kita dilanda sindrom rendah diri serta kurang daya saing dalam pelbagai lapangan kehidupan khususnya ilmu pengetahuan dan ekonomi. Justeru, umat Islam mesti menyedari hal itu dan bertindak membentuk jemaah yang dapat membela dan memandu umat untuk maju dalam apa saja bidang kehidupan di dunia ini.

Umat Islam yang hidup dalam satu organisasi mantap pasti dapat menjana satu bentuk masyarakat maju. Sebenarnya, hilangnya pengaruh dan kewibawaan umat Islam hari ini akibat beberapa kelemahan yang dihadapi. Oleh itu, untuk jadi kuat, umat islam perlu bersatu.

Selain itu, kita harus insaf dan menyedari bahawa kalangan umat Islam kini ada yang mula merungkai ikatan Islam secara sedikit demi sedikit dengan meninggalkan beberapa amalan serta meninggalkan hukum-hakam Islam sejagat.

Kewujudan beberapa kelompok dan puak di kalangan umat Islam menyebabkan berlakunya perpecahan. Sebaliknya, dengan semangat bersatu, perpecahan dapat dielakkan dan fitnah yang dilempar terhadap umat Islam boleh ditapis dengan berkesan.

Senario yang melanda golongan belia Islam hari ini menunjukkan mereka tidak bersemangat menerokai bidang baru seiring perkembangan semasa, sebaliknya banyak terbabit dalam gejala sosial negatif yang semakin merebak luas.

Hal ini memerlukan tindakan bersama di kalangan umat Islam untuk mengatasi apa juga cabaran serta masalah secara bersatu. Begitu juga dalam menghadapi serangan terhadap akidah umat Islam yang dicabar ajaran sesat.

Umat Islam tidak boleh berpecah kerana ia akan menyebabkan kelemahan sedangkan untuk menghadapi cabaran dunia semasa memerlukan kekuatan bukan saja dari segi politik, ekonomi, juga kesatuan sebagai kumpulan yang kuat menyokong satu sama lain.

Berada dalam satu kumpulan yang besar juga membolehkan semua kerja dilakukan dengan berkesan dan cepat dengan syarat masing-masing mengetahui tanggungjawab serta melaksanakannya sebaiknya.

Bersatu teguh, bercerai roboh wajar menjadi pegangan yang mengikat umat Islam supaya sentiasa berada dalam satu kumpulan kerana tanpa sokongan padu semua pihak, sukar untuk mencapai matlamat serta kejayaan diharapkan.

Perbezaan pendapat boleh tetapi jangan sampai memutuskan silaturahim dan sebaiknya perbezaan itu dapat menemukan keputusan lebih baik apabila ada pandangan serta hujah berdasarkan ilmu pengetahuan demi kebaikan umat Islam sejagat.

(Sumber: Herald Tribune)

Pengertian Qurban

Dari segi bahasa, qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala.
Dari sudut syara‘, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.
PENSYARI‘ATAN DAN HIKMAHNYA

Qurban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.


Firman Allah subhanahu wata‘ala:

{ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ }

Maksudnya:
“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2)

Hikmah disyari‘atkan qurban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah subhanahu wata‘ala di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.


Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain.


Qurban tidak memadai dengan menghulurkan nilai harganya, berbeza dengan ibadah zakat fitrah yang bermaksud memenuhi keperluan golongan fakir, Imam Ahmad dikatakan menyebut amalan menyembelih qurban adalah lebih afdhal daripada bersedekah dengan nilai harganya.
HUKUM MELAKUKAN QURBAN

Hukum melakukan qurban ialah sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya.
Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
“Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”
(Riwayat Tirmizi)



PEMBAHAGIAN IBADAH QURBAN

Terdapat dua jenis qurban iaitu qurban wajib dan qurban sunat.

Qurban Wajib
Qurban Nazar.

Contohnya apabila seseorang menyebut, “Kerana Allah wajib ke atasku berqurban seekor kambing atau seekor unta ini” ataupun dengan menyebut, “Aku jadikan kambing ini sebagai qurban”
Sama sahaja hukumnya dalam hal sama ada yang menyebutnya itu seorang yang kaya ataupun seorang fakir.

Binatang yang dibelikan untuk tujuan qurban oleh seorang fakir. Apabila seorang fakir membeli seekor kambing dengan niat untuk diqurbankan, maka ia menjadi wajib. Ini kerana membeli dengan tujuan berqurban oleh seseorang yang tidak wajib melakukannya dikira wajib kerana perbuatan ini dikira sebagai satu nazar.
Qurban Sunat

Qurban sunat ialah qurban yang dilakukan oleh seseorang yang berkemampuan melakukannya sama ada miskin ataupun yang bermusafir, yang tidak berniat nazar atau membeli dengan tujuan qurban.

SYARAT-SYARAT QURBAN

Syarat qurban dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

Syarat Wajib/Sunat Qurban.
Syarat Sah Qurban.
Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban.


Syarat Wajib/Sunat Qurban

1. Untuk dijadikan ibadah qurban wajib ataupun sunat adalah disyaratkan dia mampu melaksanakannya.

2. Orang yang dianggap mampu ialah mereka yang mempunyai harga untuk binatang qurban yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang di bawah tanggungannya untuk hari raya dan hari–hari tasyrik kerana inilah tempoh masa bagi melakukan qurban tersebut.

3. Kedudukannya sama seperti dalam masalah zakat fitrah, mereka mensyaratkan ia hendaklah merupakan yang lebih daripada keperluan seseorang juga keperluan mereka yang di bawah tanggungannya pada hari raya puasa dan juga malamnya sahaja.



Syarat Sah Qurban

Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.

Hendaklah qurban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.


Hendaklah disembelih oleh orang Islam.


Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian.
Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban

Islam.
Merdeka.
Aqil Baligh.
Bermukim atau Musafir.
Berkemampuan.


WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN

Waktu bagi menyembelih qurban bermula setelah selesai sembahyang Hari Raya dan bacaan khutbahnya iaitu setelah naik matahari sekadar segalah. Masanya berterusan siang dan malam sehingga Hari Tasyrik yang akhir iaitu sebelum terbenam matahari pada hari tersebut. Ini berdasarkan hadis Nabi yang diriwayat oleh Al-Barra’ bin ‘Azib :
“Perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini ialah bersembahyang, kemudian kita balik dan melakukan penyembelihan qurban. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia merupakan daging yang disediakan untuk ahli keluarganya. Ia tidak dikira sebagai ibadah khas (qurban) ini sedikit pun.”

BINATANG QURBAN

Perbincangan tentang binatang qurban ini meliputi empat perkara :

Jenis binatang yang diqurban.
Umur binatang qurban.
Kadar binatang yang disembelih.
Sifat–sifat binatang qurban.
1. Jenis Binatang Yang Diqurban
Para ulama’ sependapat bahawa ibadah qurban tidak sah kecuali dengan menggunakan binatang an‘am, iaitu binatang jinak yang berkaki empat seperti unta, lembu dan kerbau, kambing biri–biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Oleh itu, tidak sah berqurban dengan menggunakan binatang yang lain daripada binatang an‘am ini seperti kerbau liar dan kijang.

Firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ اْلأَنْعَمِ }
Maksudnya:
“Dan bagi tiap-tiap satu umat, Kami syari‘atkan ibadah menyembelih qurban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”
(Surah Al-Hajj 22:34)

Tidak terdapat sebarang dalil sama ada yang dinaqalkan daripada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam atau sahabat yang menunjukkan mereka berqurban dengan binatang selain daripada binatang-binatang ternakan (an‘am) ini. Oleh kerana qurban merupakan satu ibadah yang dikaitkan dengan binatang, maka ia hanya ditentukan kepada binatang an‘am sahaja sama seperti ibadah zakat.


Adapun binatang yang lebih afdhal diqurban ialah unta diikuti dengan lembu kemudian biri-biri atau kibasy kemudian kambing. Ini memandangkan kuantiti dagingnya yang lebih banyak bagi maksud pengagihan yang lebih meluas untuk fakir miskin.


Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam juga telah bersabda yang bermaksud:


“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan mandi junub, kemudian dia pergi (ke Jumaat) maka dia seolah-olah telah berqurban seekor unta. Sesiapa yang pergi pada saat kedua maka dia seolah-olahnya berqurban dengan seekor lembu. Sesiapa yang pergi pada saat ketiga maka dia seolah-olah berqurban dengan seekor kibasy yang bertanduk.”

2. Umur Binatang Qurban

Umur binatang yang hendak diqurbankan berbeza-beza mengikut jenis binatang iaitu:

Unta disyaratkan telah berumur lima tahun dan masuk ke umur enam tahun.
Kambing dan lembu disyaratkan telah berumur dua tahun dan masuk ke umur tiga tahun.
Kibasy disyaratkan telah memasuki umur dua tahun.
Bagi anak unta, lembu, kambing dan kibasy yang telah berumur dua tahun lebih (yang telah bersalin gigi) harus dijadikan qurban.
3. Kadar Binatang Yang Disembelih
Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa seekor kambing atau kibasy hanya mencukupi sebagai qurban untuk seorang sahaja. Seekor unta atau lembu pula mencukupi untuk menjadi qurban bagi tujuh orang. Ini berdasarkan hadith Jabir:

“Kami berqurban bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam semasa di Hudaybiyah dengan seekor unta atau seekor lembu untuk tujuh orang.”

Dalam riwayat Muslim pula menyebut :
“Kami keluar bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan kami berniat Haji. Maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memerintahkan kami supaya berkongsi mengurbankan seekor unta atau seekor lembu. Setiap tujuh orang berkongsi seekor unta.”



4. Sifat–Sifat Binatang Qurban

Sifat–sifat binatang qurban sama ada betina atau jantan yang digariskan oleh syara‘ adalah seperti berikut:

Terang penglihatannya iaitu tidak buta.
Tidak cacat seperti kudung kaki, putus ekornya, terpotong hidungnya atau sebagainya.
Gemuk, tidak harus pada binatang yang terlalu kurus.
Ciri-ciri yang afdhal terdapat pada binatang qurban itu:
Gemuk pada keseluruhan anggotanya.
Bertanduk.
Putih warna bulunya (pada kibasy).
Jantan.
Sifat yang makruh pada binatang qurban:

Rabit telinganya.
Terpotong sedikit bahagian belakang atau depan telinganya.
Tidak mempunyai tanduk sejak asalnya.
Patah tanduk sebelah atau keduanya atau pecah bahagian tanduknya.
Tanggal sebahagian giginya disebabkan tua atau jatuh.
Kabur penglihatannya.


PERKARA SUNAT KETIKA BERQURBAN

Sunat menambat binatang yang hendak diqurbankan itu beberapa hari sebelum disembelih.


Digantung tanda pada binatang yang hendak diqurbankan.


Dibawa dengan baik dan ihsan ketika ke tempat penyembelihan.


Disunatkan juga orang yang berqurban menyembelihnya.


Sunat dihadapkan ke arah qiblat ketika menyembelih qurban.


Sunat memilih binatang yang paling gemuk, terelok dan terbesar untuk dijadikan qurban.


Sunat digunakan alat yang paling tajam dan diperbuat daripada besi.


Setelah selesai disembelih maka sunat ditunggu sehingga binatang yang disembelih itu sejuk dan semua anggota tidak bergerak lagi.


Sunat bagi mereka yang mahu melakukan qurban tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga telah selesai berqurban.


Binatang qurban sunat dibaringkan di atas rusuk kiri sebelum dilakukan penyembelihan.


Sunat ketika sembelihan qurban dilakukan adalah seperti berikut:

Membaca basmalah.
Bersalawat ke atas Nabi Muhammad.
Binatang diarahkan ke arah qiblat.
Bertakbir sebelum atau selepas membaca basmalah.
Berdoa.

12. Orang yang berqurban hendaklah membaca doa seperti berikut :

“Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dariMu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingiMu.”

13. Sunat wakil yang melakukan sembelihan menyebutkan orang yang mewakilkannya seperti:

“Dengan nama Allah dan Engkau Yang Maha Besar, ini daripadaMu dan untukMu. Terimalah Ya Allah daripada si pulan, si pulan.....”



PERKARA MAKRUH KETIKA BERQURBAN

Berlaku kasar kepada binatang yang hendak diqurbankan seperti mengheret atau memukul semasa membawa ke tempat sembelihan atau seumpamanya.


Memerah susu atau menggunting bulu atau mengambil sebarang faedah dari binatang yang hendak dijadikan qurban.


Tidak menghadapkan ke arah qiblat semasa sembelihan dilakukan
.
Bercukur atau memotong kuku setelah tiba bulan Zulhijjah hingga penyembelihan qurban selesai dijalankan.


Binatang yang telah dibeli untuk tujuan qurban adalah makruh dijual kerana ia telah ditentukan untuk qurban.


HUKUM DAGING QURBAN

Qurban yang wajib iaitu yang dinazarkan ataupun yang ditentukan sama ada dengan menyebut, “Ini adalah qurban”, maka orang yang berqurban tidak boleh memakannya. Dia wajib menyedekahkan semuanya sekali.


Anak kepada binatang qurban yang ditentukan juga, perlu disembelih seperti ibunya, tetapi bezanya ia boleh dimakan kesemuanya oleh tuan yang mengurbankannya kerana disamakan dengan hukum susu, kerana tuannya harus meminum susu binatang qurban yang selebih daripada anaknya walaupun perbuatan itu makruh.


Bagi qurban sunat, maka tuannya sunat memakannya, iaitu yang afdhalnya dia hendaklah memakannya beberapa suap sebagai mengambil berkat. Ini bersesuaian dengan firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ فَكُلُواْ مِنْهَا وَأَطْعِمُواْ الْبَآئِسَ الْفَقِيرَ }
Maksudnya:
“Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”
(Surah Al-Hajj, 22:28)

Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi pula ada menyebut bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memakan sebahagian daripada hati binatang qurbannya. Hukum memakan daging qurban pula tidak wajib, ini berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ وَالْبُدْنَ جَعَلْنَهَا لَكُم مِّن شَعَآئِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ }
Maksudnya:
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu.”
(Surah Al-Hajj, 22:36)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa ia dijadikan untuk kita. Setiap perkara yang dijadikan untuk manusia, maka dia diberi pilihan sama ada mahu memakannya atau tidak.

Orang yang berqurban juga boleh menjamu kepada kalangan yang kaya, tetapi tidak boleh diberi milik kepada mereka. Yang boleh cuma dihantar kepada mereka sebagai hadiah yang mana mereka tidak akan menjualnya atau sebagainya
.
Mengikut pendapat dalam qawl jadid, orang yang berqurban boleh memakan sebahagian daripada qurbannya. Mengikut qawl qadim pula harus memakan sebanyak separuh, manakala bakinya hendaklah disedekahkan.


Sebahagian ulama’ berpendapat daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah, 1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan dan 1/3 daging dimakan oleh orang yang berqurban.


Pendapat yang asah pula, adalah wajib bersedekah dengan sebahagian daripada daging qurban walaupun sedikit kepada orang Islam yang fakir walaupun seorang. Walaubagaimanapun, yang lebih afdhal hendaklah disedekahkan kesemuanya kecuali memakannya beberapa suap untuk mengambil keberkatan seperti yang telah dijelaskan.


Bagi qurban sunat pula, orang yang berqurban boleh sama ada bersedekah dengan kulit binatang tersebut atau menggunakan sendiri, seperti mana dia harus mengambil faedah daripada binatang itu semasa hidupnya. Tetapi bersedekah adalah lebih afdhal. Bagi qurban yang wajib pula, kulit binatang itu wajib disedekahkan.


Qurban juga tidak harus dibawa keluar dari negeri asalnya sebagaimana yang ditetapkan dalam masalah membawa keluar zakat.


© Jabatan Mufti Negeri Melaka

Sunday, November 15, 2009

Salam AidilAdha

Tuan Pengerusi dan semua ahli jawatankuasa BKDR JKSNK mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua ahli badan ini...Mohom ampun jika terkasar atau tersinggung...semoga kedatangan AidilAdha membawa satu kerahmatan seiring dengan ibadah korban yang kita jalankan....

PERUTUSAN TUAN PENGERUSI

Assalamualaikum....kepada semua ahli ahli BKDR JKSNK...tuan puan bolehlah berhubung wakil daerah masing masing untuk memaklumkan jika tuan puan akan menganjurkan sebarang kenduri,keramaian dan sebagainya untuk pihak pengurusan memaklumkan di dalam blog badan...kerjasama tuan puan amatlat lah dihargai

Tuesday, November 10, 2009

Khasiat Makan Pisang

Khasiat Pisang

BUAH PISANG

Selain enak untuk dimakan, pisang mempunyai khasiatnya tersendiri untuk kesihatan. Antara khasiat pisang :

SEMBELIT

Buah pisang dikatakan makanan paling mujarab bagi penyakit sembelit.

TEKANAN DARAH

Bagi penghidap darah tinggi, elok memakan buah pisang. Ia mengandungi ‘potassium‘ tinggi yang amat berguna bagi mereka yang melakukan diet rendah garam.

SEIMBANGKAN FUNGSI JANTUNG

‘Cilium‘ pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.

REDAKAN TEKANAN

Protein ‘trypotophan‘, sejenis protein yang dapat diubah oleh tubuh menjadi ‘serotonin‘ yang dimiliki oleh pisang, mampu membuat perasaan seseorang menjadi lebih tenang dan bahagia. ‘Potassium‘ pula mampu membuat denyutan jantung menjadi lebih stabil sehingga oksigen yang mengalir ke otak tetap stabil.

KURANGKAN RASA MUAL

Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang. Kandungan gula semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.

KULIT PISANG

PARUT luka atau jerawat amat buruk, lebih-lebih lagi apabila parut hitam. Tidak kira pa jenis, asalkan hitam (termasuk parut campak) ambil kulit pisang emas dan sapukan padanya. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. Insya-Allah, hasilnya memuaskan. Selain itu, kulit menjadi licin jika anda rajin mengamalkannya.

ANTARA PENAWAR PENYAKIT MELALUI PISANG

Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

AWAS : Sungguhpun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

Jemputan Kejohanan Futsal Zon Utara 2009

Dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis mengadakan kejohanan futsal zon utara 2009 yang meliputi negeri Perlis, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.Bertujuan untuk mengeratkan silaturahim diantara JKSN negeri tersebut.Kejohanan akan diadakan pada 4-5 Disember 2009 bermula jam 09.00 malam bertempat di D Futsal Batu 2 Kangar Perlis.BKDR berbesar hati atas jemputan untuk memeriahkan kejohanan ini.Pemain pemain dari JKSNK telah dipilih dan bersedia untuk mengharungi cabaran yang mendatang... Selamat berjuang diucapkan dan kami doakan agar pasukan kita memperolehi kemenangan dan bergelar johan....JKSK bolehhhhhhhhhhhh

PEMAKLUMAN TARIKH CUTI SEKOLAH

CUTI SEKOLAH UNTUK SESI 2009 AKAN BERMULA PADA MINGGU HADAPAN IAITU MULAI TARIKH 19 NOVEMBER 2009 HINGGA 31 DISEMBER 2009, SELAMA LEBIH KURANG 6 MINGGU.

Kami di BKDR ingin mengucapkan selamat bercuti kepada keluarga ahli-ahli BKDR yang terlibat, sama ada suami, isteri mahupun anak-anak, walaupun cuti ini tidak melibatkan penjawat-penjawat awam yang berkhidmat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah mahupun di mahkamah-mahkamah rendah syariah daerah-daerah.

Diharapkan supaya semua yang terlibat dengan cuti sekolah supaya menjaga diri pada ketika bercuti, dan andai ada di kalangan kakitangan yang sudah bercadang untuk mengambil cuti dan bercuti bersama-sama keluarga, hati-hati memandu.

Saturday, November 07, 2009

Happy Birthday



Selamat ulangtahun kepada En Zulkifli b Shaari( MRS Sik ) atas ulangtahun kelahiran yang ke 2....(rahsia atas sebab keselamatan )pada 06 November 2009. Semoga panjang umur,dirahmati Allah, dikurniakan anak yang ramai tapi isteri tetap sorang jugak...Berbahagia bersama keluarga tercinta..Happy birthday to u....hadiah...tahun depan....

Friday, November 06, 2009

Mesyuarat AJK seni dalaman bilik Gerakan BKDR







Sembang sembang bagaimana nak mencorakkan seni dalaman Bilik Gerakan BKDR yang baru..Ucapan terima kasih tak terhingga kepada JKSNK yang menghadiahkan bilik ini untuk kegunaan BKDR..terletak di tingkat bawah Komplek Mahkamah Syariah Negeri kedah di Bandar Muadzam Shah Anak Bukit..bilik ini akan dimanfaatkan sepenuhnya agar BKDR menjadi satu badan yang aktif menjaga kebajikan ahli ahli serta dapat merancanakan aktiviti dengan lebih berkesan...Tahniah kepada BKDR dan terima kasih kepada JKSNK..moga selepas ini BKDR lebih maju kedepan dan menjadi badan yang terulung di negeri ini..

Jamuan Meraikan AJK BKDR sessi 2007/2009,Kolej Height Utara,Jitra Kedah










Jamuan meraikan AJK BKDR sessi 2007/2009 diadakan dengan jayanya pada Khamis 5 November 2009 di Kolej Height Utara, Jitra Kedah.Majlis disempurnakan oleh Y.A.A Dato Wira Syeikh Yahaya bin Hj Jusoh, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah.Turut hadir Y.A Tuan Syeikh Abdul Wahab bin Ismail dan Y.A Tuan Syeikh Mohd Roze bin Abd Wahab,Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kedah,Pengerusi BKDR 2009/2001, Tuan Syeikh Ahmad Sukri bin Che Din serta mantan Pengerusi Tuan Syeikh Amiruddin Putra bin Zainol Abidin..semua AJK sessi 2007/2009 serta sessi 2009/2011 turut hadir memeriahkan majlis...Kepada AJK BKDR sessi yang lalu,terima kasih diucapkan dan kepada AJK yang baru..teruskan bekerja demi kegemilangan BKDR...

Tuesday, November 03, 2009

Biro-biro dalam BKDR

BIRO-BIRO

Biro Ekonomi
Cik Nur Afni Binti Othman - Pengerusi
Tn. Syeikh Ahmad Tarmizi Bin Abdul Halim - AJK
En. Wan Nor Kamal Bin Wan Harun - AJK

Biro Kebajikan

En. Ali Bin Taha - Pengerusi
Pn. Ruzaini Binti Sabu - AJK
Pn. Siti Ajar Binti Din - AJK
Cik Suzaini Binti Mohd Radzi - AJK

Biro Sukan & Rekreasi
Tn. Syeikh Zain Ali Bin Abd Ghani - Pengerusi
En. Zulkifli Bin Shaari - AJK
En. Muhammad Fadhli Bin Basir - AJK
En. Zekree Bin Ismail - AJK

Biro Penjanaan & Penerbitan
Tn. Syeikh Hafiz Helmi Bin Hashim - Pengerusi
Cik Syaripah Rosdiyana Binti Syed Ahmad - AJK
Pn. Norintan Fairulliza Binti Jamaluddin - AJK

Wednesday, October 21, 2009

Doa Akasyah

















Terjemah Do'a Akasah


Dengan Asma' Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.Ya Allah, tetapkanlah shalawat dan salam atas junjungan kami Nabi Muhammad, Keluarga dan shahabat-shahabat beliau.

Dengan Asma' Allah yang menyinari sinar diatas sinar, Segala puji bagi Allah Pencipta nur dan menurunkan kitab Taurat diatas gunung Thurdi dalam kitab yang tertulis, Segala Puji bagi Allah Yang Disebut kaya dengan kemulyaan dan keagungan yang dikenal dan atas senang dan susah yang disyukuri dan segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan gelap dan terang, kemudian orang-orang kafir kepada Tuhannya dan berpaling.

Kaf Ha Ya 'Ain Shaad, Ha Mim 'Ain Sin Qaf, hanya kepada-Mu lah kami menyembah dan memohon pertolongan, hai Dzat Yang Hidup Tegak Kokoh, Allah Yang sangat belas kasihan kepada hamba-Nya memberi rizki kepada siapa saja yang dia kehendaki, Dia sangat kuat dan mulia, hai Dzat Yang mencukupi segala sesuatu, cukupilah aku dan palingkanlah dariku segala sesuatu dengan kekuasaanMu yang baik, bahwasanya Engkau berkuasa atas segala-galanya.

Ya Allah, Dzat Yang banyak pemberiannya dan Yang selalu bertemu, Yang bagus perbuatannya, Pemberi rizki hamba-hambaNya pada setiap keadaan, hai Dzat Pencipta pertama kali dengan tidak melalui contoh, hai Dzat yang langgeng, yang tidak akan binasa, selamatkanlah kami dari kufur dan tersesat dengan : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, seandainya kufur/rasa bimbang dan ragu masuk dalam keimananku kepada Engkau sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, seandainya kufur masuk kedalam keislamanku kepada Engkau sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, seandainya rasa bimbang dan ragu masuk ke dalam ketauhidanku terhadap Engkau, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, seandainya rasa sombong, takabur,riya' dan sum'ah / menonjolkan diri dan kekurangan di dalam amal perbuatanku bagi Engkau masuk ke dalam hatiku sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, seandainya sifat dusta, pengumpat, mengadu domba dan pembohong berjalan pada mulutku sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, seandainya di dalam hatiku terlintas rasa was-was sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, seandainya rasa penyerupaan dan lalai masuk ke dalam ma'rifatku kepada Engkau sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, seandainya rasa nifak, dosa-dosa besar dan kecil masuk ke dalam hatiku maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, seandainya sifat riya' masuk ke dalam amal perbuatanku dan perkataanku sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, kejahatan-kejahatan yang telah aku perbuat sedang aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, kebaikan-kebaikan yang Engkau kehendaki bagiku, lalu aku tidak dapat mensyukuri sedang aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, hal-hal yang telah Engkau takdirkan kepadaku, lalu aku tidak bergembira atau tidak menerimakannya sedang aku tidak tahu atau tahu, maka bertaubatlah aku dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau berikan kepadaku, lalu aku salah gunakan, durhaka kepadamu sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau kuasakan kepadaku, lalu aku tidak bersyukur kepada Engkau sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, kebaikan-kebaikan yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan aku tidak memujiMu, sedang aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, berfikir dalam kekuasaanMu yang Engkau ciptakan terhadapku, lalu aku menutup mata, sedang aku mengetahui atau tidak, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, perbuatan-perbuatan yang aku lakukan sepanjang umurku, lalu Engkau tidak ridha, sedang aku mengerti atau tidak, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, amal perbuatanku yang Engkau perpendek di dalam mengharap-harap rahmatMu, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, jika aku bergantung kepada selain Engkau di dalam menghadapi kepayahan-kepayahan, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, jika aku memohon pertolongan kepada selain Engkau, dalam kecelakaan dan bahaya, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, urusan-urusanku yang telah Engkau baguskan dengan anugerah Engkau dan pandanganku salah, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, jika aku tegelincir menyimpang dari jalan lurus (shirat), karena memohon kepada selain Engkau, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW.

Ya Allah, Yang Hidup tegak kokoh, Yang memiliki rahmat dan banyak anugerahNya, banyak memberi dan Pemilik kerajaan, Tidak ada Tuhan yang lain kecuali Engkau, maha suci Engkau, bahwasanya aku menganiaya diri sendiri, (firman Allah) :

"Lalu Kami kabulkan dan Kami selamatkan dia dari kesusahan, demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang beriman"

Zakariya ketika menyeru tuhannya, ya Tuhanku:

"Janganlah Engkau tinggalkan aku sendiri, Engkaulah waris yang paling baik".

Ya Allah, dengan hak La ila ha illallah dan kemuliaannya, hak kursi dan keluasannya, hak 'Arsy dan keagungannya, hak kalam dan berjalannya, hak Lauh Mahfudh dan penjaga-penjaganya, hak Timbangan (Mizan) dan dua matanya, hak Shirat dan kelembutannya, dengan hak Jibril dan kejujurannya, hak Mikail dan belas kasihnya, hak Israfil dan terompetnya, hak Izrail dan terpilihnya, hak Ridlwan dan surganya, hak Malik dan nerakanya, hak Adam dan terpilihnya, hak Ibrahim dan terpilihnya sebagai khalilullah, hak Ishak dan keagamaannya, hak Isma'il dan disembelihnya, hak Ya'kub dan kedukaannya, hak Yusuf dan terasingnya, hak Musa dan ayat-ayatnya, hak Harun dan kehormatannya, hak Hud dan kewibawaannya, hak Shaleh dan untanya, hak Luth dan pemikirannya, hak Yunus dan ajakannya, hak Danial dan kerahmatnya, hak Zakariya dan kesuciannya, hak Isa dan kejiwaannya dan dengan hak Muhammad yang terpilih menjadi kekasihNya dan dengan syafa'at 'Udhmanya SAW.

Ya Allah, Yang Hidup, tidak ada Tuhan yang lain kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, bahwasanya aku termasuk orang-orang yang menganiaya diri, (Firman Allah); Lalu kami mengabulkannya dan menyelamatkannya dari kesusahan, demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman. Tidak ada Tuhan yang lain kecuali Allah, kepadaNya aku bertawakkal, Dia pengurus 'Arsy yang Agung. Allah-lah yang mencukupi aku, sebaik-baik Pelindung, Pengurus dan Penolong. Tidak ada daya kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Agung.

Ya Tuhan kami, berilah kebaikan kepada kami di dunia dan akherat, serta peliharalah kami dari siksa api neraka. Shalawat Allah tetapkanlah kepada sebaik-baik makhlukNya, cahaya 'ArsyNya yaitu junjungan kami , Nabi dan pemberi syafaat bagi kami Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat beliau semua dengan rahmatMu hai Dzat Yang paling belas kasihan. Amin (Semoga Allah mengabulkan permohona kami ini, hai Dzat yang mengurus alam semesta).


ERTINYA....

1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.

2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.

3. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.

4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.

6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim''

Tuesday, October 20, 2009

Animated Pictures Myspace Comments

Dengue حمى الدنك

تتيح هذه الصفحة روابط إلى صفحات تتضمن تفاصيل عن الأنشطة والتقارير والأخبار والتظاهرات، وإلى نقاط الاتصال والشركاء المتعاونين مع المنظمة في مختلف برامجها ومكاتبها التي تعمل في هذا المجال. وثمة أيضاً روابط إلى مواقع ومواضيع أخرى ذات صلة.

Dengue is transmitted by the bite of an Aedes mosquito infected with any one of the four dengue viruses. It occurs in tropical and sub-tropical areas of the world. Symptoms appear 3—14 days after the infective bite. Dengue fever is a febrile illness that affects infants, young children and adults.

Symptoms range from a mild fever, to incapacitating high fever, with severe headache, pain behind the eyes, muscle and joint pain, and rash. There are no specific antiviral medicines for dengue. It is important to maintain hydration. Use of acetylsalicylic acid (e.g. aspirin) and non steroidal anti-inflammatory drugs (e.g. Ibuprofen) is not recommended.

Dengue haemorrhagic fever (fever, abdominal pain, vomiting, bleeding) is a potentially lethal complication, affecting mainly children. Early clinical diagnosis and careful clinical management by experienced physicians and nurses increase survival of patients.

Monday, October 19, 2009

ASSALAMUALAIKUM

Bertemu kembali....blog lama BKDR JKSNK telah ditutup...para pelawat boleh melayari blog baru badan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut aktiviti BKDR sepanjang tahun....maaf diatas sebarang kesulitan...dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan selama ini....

Produk Muslim Terbaru

Fenomena Azan tanda Kebesaran Allah

My Blog List

PELAWAT