Tuesday, May 11, 2010

KEJOHANAN BOWLING ANTARA ZON
























































Kejohanan Bowling yang diadakan pada 24 April, 2010 di Star Parade, Alor Setar, Kedah.










Thursday, May 06, 2010

Takziah

Salam Takziah dari semua pegawai dan warga kerja JKSNK buat En Mohd Nikmat b Fadzil (MRS SIK) diatas kehilangan ayahanda tercinta tanggal 6 Mei 2010 jam 12.51 malam.Semoga tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dari Ilahi...setiap yang hidup pasti akan menemui kematian..AL FATIHAH..semoga Allahyarham ditempat bersama para solehin..AMIN YA RABBAL A"LAMIN....

Monday, April 19, 2010

FUTSAL GAME BKDR JKSNK

Final game - Zon Selatan vs Zon Tenggara + Zon Utara = Zon TenggUrA

KEJOHANAN BOWLING ANTARA ZON


Sukaita dimaklumkan kepada semua warga JKSNK bahawa acara bowling antara zon Mahkamah Syariah Negeri Kedah akan diadakan di Star Parade (Pacific Hypermarket) pada hari Sabtu 24 April 2010 jam 10.00 pagi....Datanglah beramai ramai bagi memeriahkan acara yang julung julung kali diadakan....Hidup JKSNK

Sunday, April 18, 2010

BENGKEL PENERANGAN ARAHAN AMALAN MAHKAMAH SYARIAH BIL: 01/2010

Pada tanggal 15-16 APRIL 2010 baru-baru ini telah diadakan bengkel penerangan ARAHAN AMALAN MAHKAMAH SYARIAH yang telah dikendalikan oleh beberapa panel dari JKSM. Bengkel selama dua hari tersebut dihadiri oleh ramai peserta berskim LS dari Mahkamah Syariah setiap daerah seluruh negeri Kedah serta beberapa perserta dari negeri Perlis (termasuk Y.A.A. Ketua Hakim Syarie Perlis). Secara ringkasnya ia dihadiri Pegawai-pegawai Syariah dari LS 52 - LS 41, Penolong-penolong Pendaftar (Penolong Pegawai Syariah LS 32 & 27) serta Pembantu-pembantu Syariah LS 17.

Bengkel ini juga adalah dikendalikan oleh Tn. Mukhyuddin bin Ibrahim selaku pengerusi (beliau adalah abang kandung Almarhum Ust. Asri Rabbani), Tn. Adam b. Tumiran, dan Tn. Mawardi b. Che Man yang didatangkan khas dari JKSM di Putrajaya serta Pulau Pinang.

Pelbagai isu menarik dibincangkan dalam bengkel tersebut berkenaan Arahan Amalan dan sejauhmana pengaplikasiannya di negeri tidak gunasama seperti negeri Kedah. Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan Arahan Amalan serta cadangan pindaan terhadap beberapa senarai Arahan Amalan yang kurang bertepatan dengan amalan di negeri. Kami di BKDR mengharapkan supaya wakil-wakil dari JKSM dapat menyampaikan cadangan atau usul-usul tersebut untuk diperbincangkan semula di peringkat pegawai-pegawai tertinggi di JKSM, dan mengharapkan supaya hubungan baik antara JKSM dan JKSNK akan terus berkekalan demi kebaikan institusi Kehakiman Syar'iyyah di Malaysia seluruhnya, insya-Allah.

Jemputan Walimatul Urus 29 APRIL 2010

Assalamualaikum.......
Saya Zamri bin Abdullah dari Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kubang Pasu dengan ini menjemput seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Kedah dan seluruh Mahkamah Syariah Daerah SEISI KELUARGA ke Majlis Perkahwinan adik lelaki saya AZHARI BIN ABDULLAH dengan pasangannya NAJAT BINTI ABDUL AZIZ di NO.33 KAMPUNG TELOK KANDIS, JALAN ALOR MENGKUDU, MUKIM DERGA, 05400 ALOR SETAR, KEDAH pada 29 APRIL 2010. SEMOGA KEHADIRAN Y.A.A DATO, DATIN, Y.A HAKIM, TUAN/PUAN AKAN MENYERIKAN LAGI MAJLIS KAMI INI

WASSALAM
YANG MENJEMPUT

ZAMRI BIN ABDULLAH 
PEMBANTU SYARIAH
MRS KUBANG PASU

SEKITAR KEJOHANAN FUTSAL BKDR-JKSNK









Kejohanan futsal anjuran BKDR ini yang telah disertai sebanyak empat kontinjen iaitu kontinjen dari Zon UTARA, Zon TENGAH, Zon SELATAN dan Zon TENGGARA. Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan sekitar kejohanan berlangsung. - REUTER

TAHNIAH



Tahniah kepada zon SELATAN kerana menjuarai acara Futsal antara Zon Mahkamah Syariah Negeri Kedah tanggal 17.04.2010.Sememangnya anda semua layak bergelar juara tahun ini...Tahniah dari kami....gambar gambar menarik kan menyusul nanti...tunggu....

Tuesday, April 13, 2010

FUTSAL ANTARA ZON

Dimaklum kepada semua pemain dan peserta futsal antara zon Mahkamah Syariah Negeri Kedah.Futsal akan diadakan di WNS Futsal Centre Kuala Sungai Kedah pada hari Sabtu 17 April 2010 jam 09.00 pagi. Hadirlah beramai ramai bagi memeriahkan acara dan memberi sokongna kepada pasukan masing masing...Hidup Futsal.....

Thursday, February 25, 2010

BENGKEL PENGURUSAN KES RAYUAN


Selamat Ulang Tahun


Happy birthday kepada En Salmi Salleh PN MTS Negeri Kedah ( yang handsome berbaju batik )sempena ulangtahun kelahiran pada 24.02.2010.Kami di BKDR mengutuskan semoga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik...dirahmati Allah, dipanjangkan usia, berbahagia bersama keluarga tercinta...bila nak buat kenduri...jangan lupa kami disini nooo.....Happy birthday....

Thursday, February 18, 2010

Selamat Ulang Tahun


Selamat ulangtahun kepada Puan Norlida Zakaria, Pegawai Penyelidik JKSNK diatas sambutah hari lahir yang ke ..?... ( dirahsiakan )..semoga panjang umur, murah rezeki,diberi kesihatan yang baik,disayangi oleh suami selalu,berbahagia bersama keluarga tersayang...Happy birthday ya...

Tuesday, February 16, 2010

Selamat Ulang Tahun


selamat ulangtahun keputeraan kepada En Zahruddin Hambali ( baju kuning ) dari MRS Baling sempena ulang tahun kelahiran yang ke 48....semoga panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dan dilindungi Allah...happy birthday yaaa...

Thursday, February 11, 2010

Tahniah

Tahniah kepada En Azlan dari MRS Bandar Baharu diatas kelahiran cahayamata baru baru ini...kami di BKDR mengucapkan tahniah dan memanjat sejuta kesyukuran terhadap Ilahi diatas anugerah ini...

AL FATIHAH

Takziah kepada Puan Musliza binti Abu Bakar Pembantu Tadbir (P/O) diatas kehilangan ayahanda tercinta pada hari ini...jenazah akan dikebumikan selepas solat Zuhur di Kampung Sungai Mati, Langgar..Kami doakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh... AL Fatihah

Tuesday, February 09, 2010

Selamat Ulang Tahun

Wish you all,happy related birthday on Februari 2010....besh wishes from us....

Tuan Syeikh Baharuddin bin Che Nen (on 03 February)
Mrs Norlida binti Zakaria (on 18 February)
Mr Rejab bin Ahmad (Ustaz Jab) (on 08 February)
Mrs Tengku Rabiatul Adawiyah (on 16 February)
Ms Nordiana binti Nordin (on 05 February)
Mr Abdullah bin Haji Ahmad (on 28 February)
Mr Salmi bin Salleh (on 24 February)
Mr Zahruddin bin Hambali (on 16 February)
Mr Norizam bin Rahim (on 29 February)

Sunday, January 24, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN

Tahniah dan Selamat Ulang Tahun kepada En Mohamad Shafie bin Said Penghantar Notis MRS Pendang kerana menyambut ulang tahun keputeraan yang ke 37. semoga murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dan sentiasa di dalam lindungan Allah selalu.... Happy Birthday To You....

Wednesday, January 13, 2010

MESYUARAT AJK BKDR KALI PERTAMA SESI 2009/2011 TAHUN 2010

Satu mesyuarat Jawatankuasa Badan Kebajikan Dan Rekreasi JKSNK sesi 2009 / 2011 akan diadakan buat pertama kalinya pada 21 JANUARI 2010 ini. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Tuan Syeikh Ahmad Syukri bin Che Din, dan diharapkan kepada semua ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat dapat hadir ke mesyuarat kali pertama tahun 2010 tersebut, insya-Allah. Sila maklumkan lebih awal andainya ada yang tidak dapat hadir, terima kasih.

P/s: Kepada sesiapa yang mempunyai salinan 'blue-print' kursus-kursus tahun 2010 yang bakal dianjurkan bagi pegawai & kakitangan JKSNK, dimohon supaya dapat dimasukkan ke dalam blog ini secara bulanan (on monthly basis), syukran.

Thursday, January 07, 2010

AL FATIHAH

Takziah kepada En. Ikhwan Ardhi b Hashim (WANDI) & isteri kerana kehilangan cahayamata sulung pada 07 JANUARI 2010. Al-Fatihah dari kami dan semua pegawai-pegawai serta kakitangan JKSNK. Semoga bersabar dalam menempuh ujian dari Allah & redha dengan ketentuan-Nya. Insya-Allah ganjarannya amat besar bagi mereka yang bersabar dalam menempuh ujian-ujian-Nya, serta mudah-mudahan Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik, insya-Allah...

Produk Muslim Terbaru

Fenomena Azan tanda Kebesaran Allah

My Blog List

PELAWAT