Sunday, January 24, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN

Tahniah dan Selamat Ulang Tahun kepada En Mohamad Shafie bin Said Penghantar Notis MRS Pendang kerana menyambut ulang tahun keputeraan yang ke 37. semoga murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dan sentiasa di dalam lindungan Allah selalu.... Happy Birthday To You....

Wednesday, January 13, 2010

MESYUARAT AJK BKDR KALI PERTAMA SESI 2009/2011 TAHUN 2010

Satu mesyuarat Jawatankuasa Badan Kebajikan Dan Rekreasi JKSNK sesi 2009 / 2011 akan diadakan buat pertama kalinya pada 21 JANUARI 2010 ini. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Tuan Syeikh Ahmad Syukri bin Che Din, dan diharapkan kepada semua ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat dapat hadir ke mesyuarat kali pertama tahun 2010 tersebut, insya-Allah. Sila maklumkan lebih awal andainya ada yang tidak dapat hadir, terima kasih.

P/s: Kepada sesiapa yang mempunyai salinan 'blue-print' kursus-kursus tahun 2010 yang bakal dianjurkan bagi pegawai & kakitangan JKSNK, dimohon supaya dapat dimasukkan ke dalam blog ini secara bulanan (on monthly basis), syukran.

Thursday, January 07, 2010

AL FATIHAH

Takziah kepada En. Ikhwan Ardhi b Hashim (WANDI) & isteri kerana kehilangan cahayamata sulung pada 07 JANUARI 2010. Al-Fatihah dari kami dan semua pegawai-pegawai serta kakitangan JKSNK. Semoga bersabar dalam menempuh ujian dari Allah & redha dengan ketentuan-Nya. Insya-Allah ganjarannya amat besar bagi mereka yang bersabar dalam menempuh ujian-ujian-Nya, serta mudah-mudahan Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik, insya-Allah...

Produk Muslim Terbaru

Fenomena Azan tanda Kebesaran Allah

My Blog List

PELAWAT