Bengkel ini juga adalah dikendalikan oleh Tn. Mukhyuddin bin Ibrahim selaku pengerusi (beliau adalah abang kandung Almarhum Ust. Asri Rabbani), Tn. Adam b. Tumiran, dan Tn. Mawardi b. Che Man yang didatangkan khas dari JKSM di Putrajaya serta Pulau Pinang.
Pelbagai isu menarik dibincangkan dalam bengkel tersebut berkenaan Arahan Amalan dan sejauhmana pengaplikasiannya di negeri tidak gunasama seperti negeri Kedah. Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan Arahan Amalan serta cadangan pindaan terhadap beberapa senarai Arahan Amalan yang kurang bertepatan dengan amalan di negeri. Kami di BKDR mengharapkan supaya wakil-wakil dari JKSM dapat menyampaikan cadangan atau usul-usul tersebut untuk diperbincangkan semula di peringkat pegawai-pegawai tertinggi di JKSM, dan mengharapkan supaya hubungan baik antara JKSM dan JKSNK akan terus berkekalan demi kebaikan institusi Kehakiman Syar'iyyah di Malaysia seluruhnya, insya-Allah.
No comments:
Post a Comment